Miri Division Touch Association bakal sertai Liga Touch di Kuching

Spread the love

KUCHING, 30 Ogos: Yeo Teck Hui, Pengerusi Persatuan Miri Division Touch Association (MYTA) menaruh kepercayaan penuh kepada keupayaan pasukan MYTA menjelang saingan Liga Touch jemputan STA yang akan diadakan awal bulan depan di Kuching.

Pasukan MYTA bakal diketuai oleh pengurus pasukan Cassandra Sulau Padan dan Robert Tiong Chun Fu yang juga pernah mewakili Negeri Sarawak tahun lepas di kejohanan Liga Touch Kebangsaan di Putrajaya.

Naib Pengerusi MYTA, Martha Mervy berkata pasukan Miri yang kebanyakannya terdiri daripada pemain ragbi Miri telah mula berlatih dan mempersiapkan pasukan dengan mengadakan latihan tiga kali seminggu sejak beberapa bulan yang lalu untuk kejohanan ini.

“Ini akan menjadi penyertaan pertama kami dan pasukan begitu bersemangat dan teruja untuk berlawan dengan pasukan yang kebanyakannya dari Kuching.” ujarnya.

Beliau juga menambah bahawa kelompok pemain ini yang kebanyakannya berusia dibawah 40 tahun telah dilatih dan diberikan pendedahan lebih awal untuk persiapan ke kejohanan ini.

Justeru beliau berharap ada pemain dari pasukan Miri akan di pilih untuk menyertai skuad Sarawak ke Liga Touch Kebangsaan pada masa depan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.