Kerajaan Sarawak dan SFA menang saman fitnah isu RM11 bilion ‘hilang’

Spread the love

KUCHING, 30 Ogos : Kerajaan Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak (SFA) memenangi kes saman fitnah yang difailkan terhadap Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen berhubung kenyataan beliau mengenai isu RM11 bilion hilang dari tabung negeri pada 2013.

Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew How Wai berkata, Kerajaan Sarawak dan SFA selaku plantif berjaya membuktikan kes itu.

Alexander Siew ketika membaca keputusan di Mahkamah Kuching hari ini berkata, Chieng Jen selaku defendan telah menfitnah plantif, merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Stampin itu yang diterbitkan atau disiarkan.

Katanya mahkamah juga mendapati defendan gagal membuktikan justifikasi, komen yang adil dan qualified privileges.

Pada 2013, Chong menggunakan istilah ‘black hole’ bagi menyatakan RM11 bilion hilang dari tabung negeri.

Ekoran itu, Kerajaan Sarawak dan Lembaga Kewangan memfailkan saman fitnah terhadap Chien Jen pada 3 April 2013.

Chien Jen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan diwakili Chong Siew Chiang manakala plaintif diwakili Pegawai Undang – Undang, Oliver Chua. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.