416 graduan Swinburne Sarawak terima skrol hari ini

Spread the love

KUCHING, 30 Ogos : Seramai 416 graduan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak menerima skrol pada Majlis Graduasi Swinburne edisi Ogos 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pagi tadi.

Majlis disempurnakan Premier Sarawak merangkap Pro Canselor Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis graduasi berkenaan adalah bagi pelajar yang tamat pengajian pada sesi tahun 2020 dan 2021.

Bagi kategori ijazah sarjana muda, anugerah disampaikan kepada 207 graduan dalam bidang perniagaan, 139 dalam bidang kejuruteraan, 19 dalam reka bentuk, 11 dalam ICT, 24 dalam sains komputer, dan 6 dalam bioteknologi.

Manakala, dua graduan menerima skrol mereka bagi kategori Diploma Pengurusan Perniagaan.

Sebahagian graduan Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak di BCCK hari ini.

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada dua graduan Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan dan dua lagi dalam bidang Sains.

Anugerah turut disampaikan kepada dua graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Antarabangsa) dan masing-masing seorang graduan untuk Sarjana Pengurusan Pembinaan dan Sarjana Perniagaan (Penyelidikan).

Majlis yang penuh meriah itu turut dihadiri oleh graduan dari Indonesia, Sri Lanka, China, Mesir, Nigeria, Pakistan dan Zimbabwe. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.