Tiga pelajar cemerlang STPM 2021 terima biasiswa Yayasan Sarawak

Spread the love

KUCHING, 29 Ogos: Tiga pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 menerima Biasiswa Yayasan Sarawak yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia,di Kuching, hari ini.

Tiga pelajar tersebut ialah Pressely Bangga anak Kedidi dan Nur Zahirah Indra Soekardi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubong, Limbang dan Nasha Izzati Ramlee dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merapok, Lawas.

Pressley dan Nasha yang ditemui TVS sejurus selepas menerima biasiswa tersebut meluahkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada Abang Johari dan pihak Yayasan Sarawak di atas pemberian biasiswa tersebut.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak sebab memberikan biasiswa ini kepada kami,” kata Pressely Bangga.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Sarawak kerana memberi biasiswa ini kepada kami pelajar STPM,” tambah Nasha Izzati.

Manakala bapa kepada Nur Zahirah Indra Soekardi yang mewakili anaknya pula berkata, beliau berharap biasiswa yang diberikan kerajaan Sarawak itu menjadi pembakar semangat buat anaknya untuk terus berusaha keras meraih keputusan cemerlang di alam universiti nanti.

“Mudah-mudahan dengan biasiswa ini, anak saya dapat meneruskan pelajaran di peringkat tinggi dengan lebih cemerlang lagi,” katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.