Potong gaji penjawat awam bagi tangani Inflasi: PM Korea Selatan

Spread the love

SEOUL, 29 Ogos : Perdana Menteri Korea Selatan Han Duck-soo pada Isnin berkata bahawa terdapat keperluan untuk mengurangkan gaji penjawat awam demi menangani inflasi, lapor Yonhap.

“Penjawat awam harus membenarkan gaji mereka dipotong untuk mengukuhkan dasar fiskal,” kata Han ketika persidangan di parlimen.

Apabila kadar inflasi yang melambung tinggi datang dari kedua-dua bahagian penawaran dan permintaan, Han berkata, “Setiap orang perlu mengorbankan bahagian mereka.”

Menteri Kewangan Choo Kyung-ho menggesa firma swasta untuk mengelakkan daripada menaikkan gaji secara berlebihan, memberi amaran bahawa kenaikan gaji sedemikian boleh mencetuskan inflasi.

Ditanya mengenai kenyataan Choo, Han berkata kerajaan berada dalam “kedudukan sukar” dan meminta firma swasta menyertai langkah mengurangkan inflasi.

Harga pengguna meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh hampir 24 tahun pada Julai disebabkan harga tenaga dan makanan yang tinggi.

Harga pengguna melonjak 6.3 peratus bulan lepas berbanding tahun sebelumnya, meningkat daripada enam peratus pada Jun, menurut data kerajaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.