Kilang proses bahan kitar semula terjadual didenda RM58,000

Spread the love

BUKIT MERTAJAM, 29 Ogos : Sebuah kilang kitar semula di Bukit Minyak di sini didenda RM58,000 hari ini selepas didapati bersalah membuat penstoran luar tapak bagi bahan buangan terjadual tanpa lesen dan tidak mendapat kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata, hukuman itu dijatuhkan terhadap syarikat berkenaan di Mahkamah Sesyen Butterworth yang membabitkan dua pertuduhan.

Sharifah Zakiah berkata, syarikat tersebut didenda RM8,000 bagi pertuduhan beroperasi tanpa lesen, dan RM50,000 bagi pertuduhan beroperasi tanpa memperoleh kelulusan EIA.

“Syarikat berkenaan mempunyai lesen sebagai Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) bagi memproses buangan terjadual.

“Bagaimanapun, ia tiada lesen dan kelulusan EIA bagi satu tapak penstoran luar tapak di Permatang Pauh di mana buangan distor,” Sharifah a dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, premis atau lokasi yang digunakan untuk aktiviti melibatkan buangan terjadual termasuk penstoran perlu mendapatkan kelulusan EIA dibawah Seksyen 34A(6) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terlebih dahulu dan lesen di bawah Seksyen 18 akta sama. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.