Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Saratok

Spread the love

SARATOK, 29 Ogos : Berbaloi, bermanfaat dan mencapai sasaran.

Itulah yang boleh dirumuskan mengenai penganjuran Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok yang berakhir semalam.

Ketua Pegawai PPD Saratok, Anis Madeli, berkata penganjuran program itu, yang merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan diadakan serentak dengan Hari Terbuka PPD di seluruh negara bermula pada Sabtu lepas dan berakhir semalam (28 Ogos), telah mencapai objektif yang dihasratkan.

“Program ini adalah inisiatif daripada KPM yang mempunyai objektif tertentu.

“Jadi, suka saya nak kongsikan sedikit antara objektifnya, iaitu untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai dasar dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada pemegang taruh, pelanggan dan rakan strategik PPD Saratok dan KPM.

“Selain itu, ia adalah peluang untuk mempamerkan inovasi dan kecapaian hasil kerja murid dan guru melalui penerapan elemen ‘Sekolahku Sejahtera’,” katanya.

Enam agensi luar, iaitu Politeknik Metro Betong, Kolej Komuniti Betong, ICATS University Kolej, TM Unifi, Bank Rakyat dan Agro Bank, turut terlibat dalam penganjuran program kali ini, selain kesemua enam sektor yang terdapat di PPD Saratok, yang diadakan di Dewan SJKC Myn Syn di sini. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.