Gempa bermagnitud 6.4 gegarkan Sumatera Barat

Spread the love

JAKARTA, 29 Ogos : Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud mengegarkan barat laut Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, pagi tadi.

Menurut Agensi Meteorlogi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu berlaku pada pukul 10.29 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa dikesan pada kedudukan 116 kilometer (km) barat kepulauan Mentawai, Sumatera Barat dengan kedalaman 10 km di bawah dasar laut.

Menurut BMKG, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.

“Sebelumnya, gegaran lebih awal dengan magnitud 5.9 terjadi pada 5.34 pagi tadi, ini merupakan gempa susulan yang lebih besar,” kata agensi berkenaan.

Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung kemusnahan dan jumlah mangsa yang terjejas akibat kejadian itu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.