BKSS 9.0: Ini apa yang perlu anda tahu

Spread the love

KUCHING, 29 Ogos: Bantuan Khas Sarawakku Sayang 9.0 melibatkan lima pakej bantuan berjumlah RM1 bilion.

Empat langkah sedia ada dikekalkan dan tambahan satu langkah baharu diperkenalkan bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022.

Menurut Premier Sarawak, empat langkah sedia ada dikekalkan dan tambahan satu langkah baharu diperkenalkan bagi tempoh enam bulan mulai Julai hingga Disember 2022. Foto: JAPeN Sarawak

Berikut lima pakej BKSS 9.0:

  • Langkah pertama: Diskaun bil eletrik
    • Inisiatif pemberian diskaun 5% sehingga 25% ke atas bil eletrik bulanan kepada pengguna domestik, komersil dan industri termasuk pengusaha dan peruncit makanan yang memberi manfaat kepada 685,000 pemegang akaun di seluruh Sarawak.
  • Langkah kedua: Diskaun bil air
    • Diskaun bil air 10% hingga 25% diteruskan dengan kos keseluruhan berjumlah RM35.25 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Baca di sini > > > Abang Johari umum BKSS 9.0 berjumlah RM 1 bilion

  • Langkah ketiga: diskaun 25% dan 30% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan
    • Diskaun 25% untuk taksiran kadar cukai pintu tahunan melebihi RM400 dan diskaun 30% untuk kadar cukai pintu tahunan RM400 dan ke bawah untuk premis kediaman, komersil , industri dan premis pegangan khas.
  • Langkah keempat: diskaun 50% sewa pasar dan gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
    • Diskaun untuk penjaja diteruskan yang mana ia memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 penjaja berdaftar yang menyewa pasar dan gerai dengan PBT dan badan berkanun termasuk LCDA dan SEDC.
  • Langkah kelima: Additional Construction Materials Under The Provisions For Variation of Price (VOP) 2.0
    • Bertujuan membantu meringankan beban kontraktor di Sarawak dengan kenaikan harga binaan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.