Semai budaya tolak dadah dan judi sejak prasekolah – Royston

Spread the love

MUKAH, 28 Ogos : Program kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah perlu didedahkan seawal mungkin termasuk pada peringkat prasekolah dan tabika.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, ini kerana aktiviti tidak bermoral itu bukan lagi satu isu baharu dalam komuniti namun usaha membanteras perlu diperhebatkan agar tidak terus membarah dalam masyarakat

“Selain dadah, judi dalam talian juga merupakan satu lagi masalah yang sukar dibendung ketika ini tetapi saya yakin melalui kerjasama dengan pelbagai agensi, kita ada dapat membanterasnya,”katanya.

Beliau berkata demikian berucap dalam Majlis Penutupan Program Explore Race Antidadah Jubli Mutiara Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sempena Bulan Kemerdekaan 2022 peringkat Daerah Mukah, kelmarin.

Sebanyak 11 pasukan menyertai pertandingan itu selain acara turut diselitkan dengan ceramah dadah oleh Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Mukah, Felynora Joseph Na. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.