Lori terbalik, lebih 20 ribu liter minyak sawit tumpah atas jalan

Spread the love

BATU NIAH, 28 Ogos : Sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit mentah dianggarkan lebih 20,000 liter terbabas sebelum terbalik di bahu Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Pegawai Nomba Tinggi II, Rary Binjie berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.39 petang sebelum sepasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian.

“Kejadian itu berlaku selepas lori tangki berkenaan berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan tangki minyak ‘terpisah’ daripada badan lori manakala tumpuhan minyak menyebabkan laluan licin dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi pada pukul 2.20 petang mendapati terdapat kesan tumpahan minyak sawit sepanjang 10 meter di atas jalan.

“Bomba kemudian membuat size up untuk memastikan keadaan sekeliling selamat dan kontraktor bersetuju untuk membersihkan jalan menggunakan pasir,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori tangki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.