Kes COVID -19 di Sarawak meningkat dua minggu berturut – turut

Spread the love

SIBU, 28 Ogos : Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada berikutan kes baharu COVID-19 di negeri ini menunjukkan peningkatan selama dua minggu berturut- turut.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Ooi Choo Huck berkata, bagi Minggu Epidemiologi 31/2022 sepanjang 31 Julai hingga 6 Ogos lepas,  terdapat 601 kes dicatatkan dan meningkat kepada 930 pada minggu berikutnya.

“Bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos pula, sebanyak 806 kes,” katanya menerusi kenyataan media.

Bagaimanapun ujar beliau kes kematian kekal rendah iaitu satu bagi setiap satu juta populasi untuk tempoh 14 hari yang lepas.

“Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) untuk pesakit COVID-19 setakat 25 Ogos ialah 7.2 peratus di mana empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan,”katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan setakat 25 Ogos, status vaksinasi bagi liputan dos kedua ialah 92 peratus atau 1,901,805 orang bagi populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.