Isteri Sebastian Ting meninggal dunia

Spread the love

MIRI, 28 Ogos : Isteri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan I Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew meninggal dunia hari ini.

Datin Lim Siew Lee menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Tanjong Lobang pada pukul 1 petang tadi.

Difahamkan, Siew Lee sebelum ini disahkan menghidap kanser paru – paru sejak lebih dua tahun lepas.

Sebastian Ting yang juga Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah berkahwin dengan Siew selama 34 tahun.

Pasangan itu mempunyai lima orang anak serta seorang cucu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.