Kastam Sabah rampas 100,500 karton rokok pelbagai jenama

Spread the love

KOTA KINABALU, 27 Ogos : Penahanan ke atas sebuah lori telah membawa kepada rampasan 100,500 karton rokok pelbagai jenama oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada Khamis.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Cheong Yu Min, berkata keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1.99 juta.

Beliau berkata penahanan ke atas lori tiga tan tersebut dibuat setelah lori tersebut disyaki membawa barangan tidak berkastam di jalan lama Penampang-Papar, Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

“Modus operandi suspek dalam kes ini adalah mengangkut barang-barang tidak berkastam menggunakan lori tiga tan jenis ‘bonded truck’ (lori kotak) bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 100,500 karton rokok pelbagai jenama berjaya dirampas, dengan anggaran nilai sebanyak RM139,100 dan duti cukai sebanyak RM1.86 juta.

Manakala lori tiga tan yang ditahan dianggarkan bernilai RM25,000,” kata Cheong pada sidang media di Wisma Penguatkuasaan JKDM Zon Sabah pada Jumaat.

Beliau berkata, dua suspek warga tempatan dalam lingkungan usia 26 hingga 62 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.