KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Perbicaraan kes meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dijangka akan melibatkan keterangan daripada dua saksi pendakwaan.
Mereka ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang turut didakwa bersama Najib atas tuduhan berkenaan.
Seorang lagi saksi ialah Haniff Lami yang merupakan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.47 pagi tadi dari Penjara Kajang dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Baca lagi > > > Najib dijangka muncul di mahkamah hari ini, kali kedua sejak dipenjarakan
Baca lagi > > > Najib tiba ke mahkamah kali kedua selepas dipenjarakan
Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansori pula dilihat tiba kira – kira pukul 9.47 pagi, diikuti peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira – kira pukul 9.20 pagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dibacakan atas pertuduhan mengubah laporan audit 1MDB.#TVS122 #TVSNews pic.twitter.com/bxZ1eASNNY
— TVS (@tvstvmy) August 26, 2022
Bagi kes hari ini, Najib, 69, dan Arul Kanda akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.
Semalam, Ahli Parlimen Pekan itu muncul buat kali pertama di mahkamah sejak dipenjarakan pada Selasa lepas.
Semalam, Najib berdepan pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan penggubahan wang haram membabitkan jumlah sama. -TVS
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.