Kekuatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak perlu ditambah

Spread the love

KUCHING, 26 Ogos : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini sedang berdepan masalah kekurangan anggota.

Pengarah Jim Sarawak, Datu Ken Leben memaklumkan, buat masa ini pihaknya hanya mempunyai kekuatan 1471 pegawai yang di tempatkan di seluruh Sarawak.

Beliau menjelaskan dengan faktor geografi dan sempadan antarabangsa yang paling panjang berbanding negeri lain di Malaysia, Sarawak memerlukan lebih ramai kekuatan anggota untuk menjaga keselamatan keluar masuk pelawat di pintu sempadan negeri.

“Jumlah jarak sempadan keseluruhan ialah 4,089.5 km, iaitu lebih kurang sama jarak dari negara Malaysia ke negara Australia.

“JIM Sarawak juga mempunyai 15 pejabat, 2 depot tahanan serta 32 pintu masuk laut, darat dan udara.” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Imigresen Malaysia 2022 peringkat Sarawak yang dirasmikan Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak, (Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek), Dato Gerawat Gala pada Jumaat.

Dalam pada itu, Gerawat berkata, pihaknya akan memanjangkan masalah tersebut kepada Kementerian Dalam Negeri.

“Saya difahamkan bahawa Jabatan Imigresen Sarawak kekurangan kakitangan, jadi kami akan kemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, supaya mereka dapat memperuntukkan kakitangan yang mencukupi untuk Sarawak.”

Tegasnya, penambahan anggota JIM amat penting dalam meningkatkan perlindungan sempadan terutamanya di Sarawak. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.