Kanak-kanak lima tahun maut terjatuh dari tingkat sembilan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan Flat Sri Sabah dekat Cheras, kira-kira 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada 11.54 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari balkoni dapur rumahnya dan semasa kejadian, ibu dan adiknya berada di rumah.

“Ibu mangsa tidak menyedari mangsa berada di dapur. Mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata kes sedang disiasat lanjut mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya mengawasi anak-anak dengan baik supaya tidak berlaku perkara tidak diingini serta menyeru orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165 881,” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.