Projek Jalan Kampung Tuie – Suri lebih RM35 juta siap November ini

Spread the love

DEBAK, 25 Ogos : Projek pembinaan Jalan Kampung Tuie – Suri yang membabitkan kos lebih RM35 juta dijangka akan siap pada November ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan I Sarawak, Ir. Aidel Lariwoo berkata, setakat ini kemajuan projek berkenaan mencapai tahap 78 peratus walaupun berlaku kelewatan mengikut jadual.

Ujar beliau, keyakinan itu berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh kontraktor terlibat yang berusaha menyiapkan projek infrastruktur berkenaan.

“Kita sangat berpuas hati dengan proses pembinaan yang sedang dijalankan di tapak projek seperti yang dilihat,”katanya kepada media selepas meninjau kerja – kerja pembinaan projek itu di sini semalam.

Aidel berkata, tahap kemajuan projek itu berdasarkan rekod oleh Jabatan Kerja Raya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.