Penyeludup gagal ‘songlap’ lebih 13 ribu minyak masak

Spread the love

SEMPORNA, 25 Ogos : Taktik penyeludup yang menyorok 13,260 minyak masak paket di dalam dua buah lori untuk diseludup ke negara jiran gagal apabila kegiatan itu berjaya dikesan oleh polis.

Ketua Polis Daerah, Supterintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, sepasukan anggotanya sebelum itu menyerbu sebuah rumah di Kampung Sungai Tohok, di sini semalam.

Menurutnya, pemeriksaan pada pukul 11.15 malam itu mendapati dua buah lori diparkir di halaman rumah.

“Anggota polis kemudian memeriksa kedua-dua kenderaan itu dan menemui sebanyak 80 kotak yang mengandungi 17 minyak masak paket setiap satu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Farhan berkata, tiga lelaki warga tempatan yang juga penghuni rumah itu berumur 21 sehingga 53 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita percaya minyak masak paket ini untuk diseludup ke negara jiran dan rumah ini dijadikan sebagai tempat mengumpul dan menyimpan barang kawalan berjadual itu,”katanya lagi.

Jelasnya, keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM333,150 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.