Maritim Malaysia Sarawak lakukan pelayaran ihsan bantu kru kapal cedera di laut

Spread the love

KUCHING, 25 Ogos : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak melaksanakan pelayaran ihsan Medical Evacuation (MEDEVAC) untuk membantu seorang kru kapal yang mengalami kecederaan semalam.

Pengarah APMM Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, pihaknya menerima aduan daripada ejen kapal MT THERESA LIBRA yang berada di Singapura pada pukul 6.02 petang kelmarin memohon bantuan bagi membawa kru itu ke hospital.

Katanya, kru kapal itu berjaya dipindahkan melalui titik pertemuan bot Maritim Kilat 22 bersama kapal tangki terbabit di kedudukan 3.8 batu nautika timur laut Tanjung Po pada pukul 4.30 petang semalam.

“Mangsa, Maung Maung Myint, 52, warga Myanmar segera dibawa ke jeti APMM Sarawak sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zin Azman memberitahu, bantuan MEDEVAC ditamatkan pada jam 5.40 petang semalam.

Katanya, berdasarkan maklumat awal  lokasi kapal MT THERESA LIBRA itu dimaklumkan berada di sekitar 240 batu nautika utara Tanjung Po. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.