Anugerah Tandas Awam Bersih 2022 milik stesen minyak PETRONAS Matang Jaya

ByDayu Adruce

KUCHING, 25 Ogos: Stesen PETRONAS Matang Jaya berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Tandas Awam Bersih 2022 (Kategori Tandas Awam Stesen Minyak).

Pemilihan stesen tersebut selepas ia berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan antaranya mesra pengguna, ada kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU), tandas asing untuk pengguna lelaki dan wanita serta keadaan yang bersih, selesa dan selamat.

Petronas Matang Jaya mendapat pengiktirafan dari Majlis Perbandaran Padawan (MPP) ‘ 5 Bintang’ untuk Penggredan Tandas Awam. Foto: Petronas Matang Jaya.

Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang memaklumkan tujuan utama pertandingan tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendidik komuniti supaya menjadikan kebersihan itu satu amalan.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatan kesedaran dalam kalangan komuniti mengenai kepentingan kebersihan tandas awam, memastikan tandas awam sentiasa bersih, selamat dan selesa digunakan serta memberi kemudahan fasiliti (tandas awam) kepada pengguna di stesen minyak terlibat,” ujarnya dalam sidang media pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandinagn Tandas Awam Bersih disini, hari ini.

Petronas Matang Jaya mendapat pengiktirafan dari Majlis Perbandaran Padawan (MPP) ‘ 5 Bintang’ untuk Penggredan Tandas Awam. Foto: Petronas Matang Jaya.

Pertandingan tersebut merupakan inisiatif Majlis Perbandaran Padawan (MPP) melibatkan 17 stesen minyak dibawah pentadbiran MPP namun, hanya lapan stesen minyak yang mengambil bahagian yang dinilai bedasarkan garis panduan penarafan bintang untuk pembersihan tandas awam di kawasan pihak berkuasa tempatan.

Pendaftaran dibuka pada 18 Julai 2022 sehingga 21 Julai 2022 yang lalu.

Khere Chiang pada masa sama melahirkan rasa sedihnya terhadap sikap tidak bermoral segelintar masyarakat yang sering melakukan vandalisme pada dinding tandas awam.

Justeru beliau berharap, dengan inisiatif tersebut dapat membuka minda orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan.

“Kita telah mempromosikan kebersihan. Bukan sahaja di stesen minyak, tetapi di setiap tempat, seperti taman, sekolah, kedai buah, medan selera, restoran.

Kita turut menggalakkan orang ramai untuk menjaga kebersihan alam sekitar”, ujarnya,”  -TVS

Berita Berkaitan