Aksi gaduh tular hanya latihan simulasi kebakaran di Hospital Taiping

Spread the love

IPOH, 25 Ogos : Beberapa rakaman video yang tular dalam media sosial Facebook  memaparkan seperti aksi pergaduhan, adalah sebahagian daripada lakonan latihan simulasi kebakaran yang dilakukan di Hospital Taiping, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid berkata latihan simulasi kebakaran selama lebih sejam oleh pihak Hospital Taiping serta Balai Bomba dan Penyelamat Taiping itu diadakan di Jabatan Diatetik dan Sajian di hospital berkenaan.

“Latihan simulasi itu telah menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dan disebarkan melalui media sosial Facebook berikutan gambaran dan aksi semasa latihan itu kelihatan seperti aksi pergaduhan.

“Bagaimanapun, peralatan yang digunakan dan setiap aksi yang dilakonkan adalah latihan semata-mata melibatkan 54 petugas hospital berkenaan bagi mempersiapkan kakitangan mengenai prosedur pengurusan bencana seperti kebakaran dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata latihan simulasi itu diadakan sebagai pendedahan mengenai latihan bencana, kaedah mencegah dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa berhadapan dengan situasi kebakaran pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Razlam menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dengan menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Video berdurasi 33 saat itu memaparkan seorang mangsa lelaki ditusuk pisau pada kanan dada manakala seorang lagi mangsa lelaki kelihatan melecur dikatakan disiram minyak masak panas. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.