50 ribu pekerja asing sudah masuk bekerja di ladang – Zuraida

Spread the love

KUCHING, 25 Ogos : Isu kekurangan tenaga kerja di ladang kelapa sawit seluruh negara kini semakin menemui jalan penyelesaian berikutan kemasukan 50,000 pekerja asing baru – baru ini.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, beliau difahamkan kumpulan pekerja itu sudah masuk sejak dua hingga tiga minggu lepas.

“Majoriti pekerja berkenaan dari Indonesia yang masuk dengan cara yang lebih sistematik dan lancar sejak 1 Ogos lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran semula SaraSpice di sini hari ini.

Pada bulan lepas, Zuraida berkata, sektor perladangan kelapa sawit dianggarkan mengalami kerugian sebanyak 7.52 juta tan membabitkan nilai RM10.46 bilion bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berikutan kekurangan tenaga kerja asing.

Ladang – ladang di Sarawak turut terkesan apabila Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit (SOPPOA) menganggarkan kekurangan seramai 45,000 pekerja asing sejak November 2021. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.