Periksa premis makanan untuk ‘cari’ mangsa pemerdagangan manusia

Spread the love

KUCHING, 24 Ogos : Pemeriksaan premis makanan merupakan antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengesan mangsa pemerdagangan manusia.

Speaker Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur (Pakar Pemerdagangan Manusia) Minal Patel Davis berkata, langkah itu telah dilaksanakan oleh negaranya termasuk mengarahkan anggota penguatkuasa memeriksa premis berkenaan.

“Pihak berkuasa di Houstan,Texas telah memeriksa lebih 13,000 restoran di bandar itu bagi membanteras isu ini,”katanya menerusi temu bual eksklusif bersama TVS di Pejabat Dayak Iban Sarawak (SADIA) di sini kelmarin.

Jelas David, tumpuan diberikan kepada premis makanan kerana industri itu ‘mempunyai rekod’ terlibat dengan banyak kes pemedangan manusia.

Beliau turut menarik perhatian yang pihak berkuasa di negeri berkenaan juga tidak bergantung sepenuhnya kepada polis untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia sebagai buruh paksa.

Sementara itu, diplomat berkenaan berkata, bencana alam seperti ribut taufan merupakan antara faktor yang turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pekerja imigran.

“Hal ini berlaku kerana kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan kerja pembersihan dan pembinaan semula bandar.

“Bagi mengendalikan isu ini, langkah yang dilaksanakan oleh Houstan ialah dengan memberi kesedaran awal kepada komuniti korporat di bandar itu,”katanya.

Ujarnya, komuniti di Houston perlu memahami risiko membabitkan aspek undang-undang, reputasi dan kewangan apabila tenaga buruh datang untuk membantu.

Sebelum ini, Laporan Tahunan Jabatan Negara berkenaan Mengenai Pemerdagangan Manusia 2022 meletakkan Malaysia pada tahap yang paling rendah kerana tidak memenuhi standard bagi menghapuskan aktiviti berkenaan.

Awal bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi yang melawat Malaysia supaya menilai semula penilaian itu kerana Putrajaya telah memberi komitmen berterusan untuk menangani isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.