Kian Meng-Pei Jing tewaskan gandingan anak beranak dari Israel

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 Ogos : Beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing memulakan aksi pada Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun dengan persembahan cemerlang apabila mudah menewaskan gandingan anak beranak dari Israel, Misha Zilberman-Svetlana Zilberman semalam.

Kiang Meng-Pei Jing pilihan kelapan kejohanan yang memperoleh bai untuk perlawanan pertama hanya mengambil masa 22 minit untuk menewaskan Svetlana, 64, dan anak lelakinya, Misha, 33, 21-6, 21-5 pada perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Beregu campuran negara itu dijangka berdepan sama ada pilihan ke-10 kejohanan dari Denmark Mathias Chritiansen-Alexandra Boje atau beregu Jepun Kyohei Yamashita-Naru Shinoya yang bertemu dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Sementara itu, beregu wanita negara Low Yeen Yuan-Valeree Siow pula ditunjukkan jalan keluar lebih awal pada pusingan pertama selepas dijinakkan beregu dari India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela 11-21, 13-21.

Dalam pada itu, satu lagi gandingan beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Peck Yen Wei terpaksa melupakan harat mereka untuk mara ke pusingan ketiga apabila tewas kepada pilihan keempat Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping dari China 14-21, 21-12, 11-21. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.