Indonesia buka peluang pelaburan di Nusantara

Spread the love

JAKARTA, 24 Ogos : Indonesia kini membuka peluang pelaburan di Nusantara yang akan menjadi ibu negara baharunya.

Ketua Pihak Berkuasa Ibu Kota Nusantara (IKN), Bambang Susantono berkata, peluang itu ditawarkan menerusi beberapa agensi kerajaan termasuklah Pejabat Perdagangan Indonesia dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian negara itu yang melancarkan Kempen Pelaburan di Nusantara.

Kata Bambang, menerusi kempen itu di Jakarta Selatan semalam, pelbagai peluang, skim dan insentif diterangkan kepada komuniti perniagaan tempatan dan luar negara.

“Peluang pelaburan yang ditawarkan melibatkan pelbagai sektor komersial, kawasan hiburan dan kediaman.

“Selain itu, IKN juga membuka peluang untuk pelbagai sektor penting yang lain seperti pendidikan dan kesihatan, energi dan telekomunikasi,” katanya.

Indonesia pada bulan ini telah memulakan projek pembinaan bandar untuk ibu negara baharunya itu di kawasan yang terletak di Kalimantan.

Berkeluasan 661.5 kilometer (km), bandar baharu itu dijangka siap dalam tempoh antara 15 hingga 20 tahun. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.