Rumah Panjang Jungan musnah dalam kebakaran

Spread the love

KUCHING, 23 Ogos : Rumah Panjang Jungan di Batu 36 , Jalan Sibu Selangau musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 6.58 pagi.

Jelas PGO, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bersama anggota BBP Sungai Merah dikerahkan ke lokasi untuk operasi memadamkan kebakaran.

“Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan rumah panjang berkenaan yang mempunyai 36 pintu,” kata PGO menerusi kenyataan media.

Sementara itu difahamkan operasi pemadaman yang diketuai Penguasa Kanan II Abdul Malik Chi bersama 17 anggota masih berterusan.

BERITA LANJUT MENYUSUL.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.