Projek tebatan banjir di beberapa lokasi di Kuching dijangka siap Disember

Spread the love

KUCHING, 23 Ogos : Projek pembinaan tebatan banjir di beberapa lokasi di sekitar Bandaraya Kuching dijangka siap awal Disember tahun ini.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata beliau percaya projek tersebut mampu disiapkan selepas pelantikan projek terbabit diserahkan kepada kontraktor baharu awal bulan ini.

“Projek ini yang ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) kepada Sim Kui Hua Construction Sdn Bhd dengan nilai kos kontrak sebanyak RM6.6 juta.

“Kontrak yang bermula pada 11 Januari 2018 dan sepatutya siap pada 12 Januari 2019, namun kontraktor dilantik gagal menyiapkan kerja dan telah ditamatkan kontrak pada 20 September 2021.

“Pada 1 Ogos 2022, kontraktor baharu dilantik iaitu TMK Construction & Transport Sdn Bhd untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan ditapak selama 4 bulan dengan Kos Kontraktor (RM2,950,000.00).

“Dijangka siap dalam tempoh 4 bulan, jadi kita menjangka siap sepenuhnya pada bulan Disember.” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek tebatan banjir di sini hari ini.

Projek tersebut melibatkan pembinaan di Jalan Masjid, Jalan Gartak, Jalan Gartak (Terminal Bas), Jalan Market, Lebuh Java, kolam takungan dan pintu air dengan panjang keseluruhan parit tebatan banjir sepanjang 515 meter.

“Projek ini penting kerana untuk mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan ini terutama di sekitar Padang Merdeka ini,

“Ia juga akan memberi keselesaan kepada para pengguna pada masa yang akan datang.” katanya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.