Pegang rokok sambil ‘catwalk’, aksi Noh Salleh ditegur Dr. Noor Hisham

Spread the love

KUCHING, 23 Ogos : Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegur tindakan seorang selebriti yang didakwa memegang rokok ketika memperagakan pakaian sewaktu Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 baru-baru ini.

Dalam ciapan di Twitternya, Dr. Noor Hisham Abdullah menyifatkan perbuatan tersebut menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutamanya kanak-kanak dan remaja.

“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.

Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” ujarnya.

Justeru, setiap lapisan masyarakat diseru supaya membantu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan perbuatan merokok bukan budaya yang wajar dicontohi.

“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” katanya lagi.

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan vokalis Hujan, Noh Salleh ‘catwalk’ sambil memegang dan meletakkan rokok ke bibirnya pada KLFW 2022.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan aksi tersebut. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.