PAC gesa kabinet buat ketetapan pada mesyuarat akan datang

Spread the love

KUALA LUMPUR, 23 Ogos : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggesa supaya Kabinet membuat beberapa ketetapan pada Mesyuarat Kabinet akan datang susulan Laporan Pengauditan Forensik berkaitan program kapal tempur pesisir (LCS) yang dinyahklasifikasikan semalam.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam satu kenyataan meminta supaya pengauditan forensik lanjut dilaksanakan oleh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) ke atas projek LCS bagi melengkapi segala transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaan projek dan Surat Anugerah (LOA) dari 2015 sehingga kini.

“Walaupun kebanyakan LOA dikeluarkan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dalam tempoh tersebut, namun pelaksanaannya adalah sekurang-kurangnya sehingga 2018.

“Laporan mendapati selagi kesemua transaksi dan aktiviti berkenaan dengan pelaksanaannya sehingga 2018 belum disiasat dengan mendalam, berkemungkinan fakta-fakta penting untuk pembuktian kelakuan jenayah akan ditinggalkan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkenaan enam buah projek kapal peronda generasi baru (NGPV), Integrated Logistics Support dan Commercial Package Programme oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga harus dinyahklasifikasikan.

Katanya, ini memandangkan timbulnya isu penggunaan wang peruntukan LCS untuk pembayaran hutang lapuk NGPV oleh BNS.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.