Lelaki hilang ketika mandi bersama rakan di Sri Aman

Spread the love

SRI AMAN, 23 Ogos : Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama lima rakannya di Nanga Entalau Skrang di sini, petang semalam.

Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Tay Xian Wei  berusia 21 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.16 malam tadi.

“Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan terus ke balai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman memaklumkan ada terima laporan orang dikhuatiri lemas beralamat Nanga Entalau Skrang.

“Menurut maklumat awal polis, mangsa bersama lima orang rakan sedang melakukan aktiviti mandi sungai. Mangsa telah hilang dan dikhuatiri lemas manakala lima orang rakan mangsa selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilancarkan hari ini.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.