Jabatan kerajaan digesa guna pendekatan baharu tingkat penyampaian berkualiti – Snowdan Lawan

Spread the love

KUCHING, 23 Ogos : Jabatan kerajaan perlu mengorak langkah ke hadapan dengan menggunakan pendekatan baharu seiring dengan perubahan teknologi terkini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, perkara itu penting bagi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

“Jabatan kerajaan perlu sentiasa mengorak langkah untuk menggunakan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar dan perkhidmatan.

“Kita perlu berfikir luar kotak kelaziman untuk menyampaikan perkhidmatan yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di sini, semalam.

Tambah beliau, amalan budaya kerja dengan cepat, tepat dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab adalah penting bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat disalurkan kepada rakyat.

“Kita juga perlu terus mengamalkan budaya kerja dengan cepat, tepat dan berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat.” katanya.

Majlis Penutupan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) tersebut telah diadakan di Waterfront Hotel, Kuching.

Mini Konvensyen KIK tahun tersebut disertai sebanyak lapan kumpulan yang melibatkan lima agensi termasuk kementerian kecuali Sarawak Craft Council.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.