Cabaran Berbasikal Bukit Siol kembali

Spread the love

KUCHING, 23 Ogos : Seramai 58 peserta bakal berentap dalam Acara Cabaran Berbasikal Bukit Siol 2022 yang akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 26 hingga 28 Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman berkata meskipun acara tahun ini bukan bertaraf antarabangsa, namun acara tersebut tetap dihidupkan semula bertujuan untuk menarik minat peminat lumba basikal tempatan. 

“Tahun ini kita bersua semula tetapi tidak seperti tahun sebelumnya kerana kita baru sahaja membuka pintu antarabangsa pada April.

“Insyallah, tahun hadapan kita akan menganjurkannya secara besar-besaran seperti sebelum pandemik,” kata Karim dalam sidang media hari ini. 

Dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Malaysia National Cycling Federation dan Persatuan Berbasikal Negeri sarawak, kejohanan tersebut bakal menyaksikan para peserta bersaing untuk memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM38,150.00. 

Terdapat lima kategori yang bakal dipertandingkan iaitu Cross Country Olympic (XCO), Cross Country Short Course (XCC), Cross Country Relay (XCR), Downhill Individual (DHI) dan Cross Country Eliminator (XCE), kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini.

Acara Cabaran Berbasikal Bukit Siol 2022 bakal berlangsung di Trek MTB Siol, Bukit Siol. –TVS 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.