18 lelaki curi pelbagai jenis kenderaan di Kuching tumpas

Spread the love

KUCHING, 23 Ogos:  Polis berjaya memberkas seramai 18 lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes curi melibatkan pelbagai kenderaan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, kesemua suspek ditahan menerusi Op Bersepadu Lejang Khas yang dilancarkan selama dua minggu oleh pihaknya bermula pada 9 Ogos lalu.

Menurut beliau, polis juga berjaya merampas sebanyak 13 kenderaan yang dipercayai dicuri.

“Kenderaan sasaran kumpulan ini adalah seperti motosikal jenama Yamaha dan Honda, motokar jenis Perodua Viva dan pacuan empat roda Hilux.

“Suspek-suspek berumur lingkungan 22 hingga 43 tahun ini menggunakan kunci yang telah diubah suai sebagai modus operandi ketika melakukan kegiatan jenayah berkenaan,”katanya pada sidang media di IPD Kuching di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksten 379A Kanun Keseksaan dengan empat kertas siasatan melibatkan empat suspek telah dituduh di mahkamah.

Daripada itu, dua suspek pula telah dijatuhkan hukuman 10 bulan dan lapan bulan penjara. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.