Tiada PRK untuk Batu Lintang, Chee How Adun bebas – Speaker DUN Sarawak

Spread the love

KUCHING, 22 Ogos : Tiada keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Lintang susulan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, See Chee How keluar daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak , Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkata, beliau juga tidak menerima sebarang surat akujanji daripada Chee How yang menyatakan beliau akan meletakkan jawatan sebagai ADUN sekiranya meninggalkan PSB.

“Perkara 17(7)(a) Perlembagaan Negeri Sarawak terpakai jika seseorang telah secara sukarela memberi akujanji secara bertulis kepada Speaker bahawa dia tidak akan meletakkan keahliannya dalam parti yang didudukinya atau miliknya apabila dipilih ke Dewan Undangan Negeri. Maka, dia akan hilang kelayakan sebagai ADUN dan tempat duduknya menjadi kosong,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada gesaan Presiden PSB, Dato Sri Wong Soon Koh yang mahukan Chee How meletakkan jawatannya sebagai ADUN.

Katanya lagi, Chee How bertindak keluar dari PSB sebelum beliau menerima surat akujanji yang dihantar oleh Presiden PSB.

“Surat yang dikatakan ditandatangani oleh See Chee How pada 3 Disember 2021 disimpan oleh PSB selama lapan bulan 12 hari.

“Surat itu ditujukan secara khusus dan jelas kepada Speaker.

“Ia sepatutnya dihantar kepada Speaker dalam tempoh 15 hari bermula 3 Disember 2021 untuk mematuhi tarikh pilihan raya 18 Disember 2021,” ujarnya.

Tegasnya, tindakan Soon Koh itu diibaratkan sebagai menutup pintu kandang selepas kuda dilepaskan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.