TERKINI : Pemimpin utama UMNO tiba di Menara Dato’ Onn hadiri mesyuarat tergempar

Spread the love

KUCHING, 22 Ogos : Beberapa pemimpin utama UMNO tiba di Ibu Pejabat UMNO, di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu bersama Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Antara yang kelihatan sejak pukul 11 pagi tadi termasuklah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menerusi jemputan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan , Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Ketua-ketua UMNO Bahagian di seluruh negara hadir ke satu pertemuan khas hari ini.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar ketika dihubungi TVS berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.

“Saya tiada maklumat mengenai butir perbincangan dalam mesyurat tergempar itu,”katanya.

Sementara itu, di Menara Dato’ Onn ketika ini puluhan media sedang berkampung di situ untuk mendapatkan maklumat terkini mesyuarat tergempar itu.

BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.