Saya di Sabah, jumpa akar umbi persiapan PRU15 – Rahman Dahlan

Spread the love

KUCHING, 22 Ogos : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abd Rahman Dahlan berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat tergempar parti yang sedang berlangsung di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur hari ini.

Ketika dihubungi TVS, bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, beliau ketika ini berada di Sabah.

“Mohon maaf sebab saya di Sabah sekarang.

“Saya belum dapat info kerana masih masuk kampung keluar kampung di sini untuk persiapan pilihanraya,”katanya.

Media melaporkan beberapa pemimpin utama UMNO kini berada di ibu pejabat parti itu bagi menghadiri mesyuarat berkenaan bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Antara yang kelihatan sejak pukul 11 pagi tadi termasuklah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menerusi jemputan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan , Ahmad Zahid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta Ketua-ketua UMNO Bahagian di seluruh negara hadir ke satu pertemuan khas hari ini. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.