Pemimpin UMNO perlu banyakkan bekerja, kurangkan bercakap – Annuar Musa

Spread the love

KUALA PERLIS, 22 Ogos : Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa menasihati pemimpin UMNO agar banyakkan bekerja dan kurangkan bercakap untuk memberi kemenangan kepada parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Kita (pemimpin UMNO) sedang bekerja kuat untuk pastikan kemenangan (PRU15), dan kurangkan bercakap,” katanya  kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasihat Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta agar pemimpin UMNO mengutamakan kemenangan parti pada PRU15, berbanding sibuk memikirkan perebutan kuasa dalam parti.

“Pada saya lebih baik kita (pemimpin UMNO) tumpukan kepada bekerja dengan rapatkan saf agar parti ini digemari oleh rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut menasihati pemimpin UMNO agar berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan bukannya bergaduh sesama sendiri. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.