Pelajar tingkatan tiga maut motosikal ditunggang terbabas

Spread the love
KEPALA BATAS, 22 Ogos : Seorang pelajar sekolah terkorban selepas motosikal ditungganginya terbabas di Jalan Lebuh Bertam Perdana di sini hari ini.
 
Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa menunggang bersama pembonceng berusia 13 tahun yang merupakan rakannya.
 
Difahamkan, kedua-dua mangsa menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Indah di sini masih berpakaian sekolah ketika kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika penunggang dan pembonceng motosikal itu dari arah Bertam Pinggiran menghala ke Bertam Perdana.
 
“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kanan sebelum melanggar pembahagi jalan.
 
“Penunggang cedera pada kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng mengalami kecederaan ringan,” katanya kepada pemberita hari ini.
 
Mohd. Radzi berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas bagi urusan bedah siasat.
 
Katanya, pembonceng dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.