Mesyuarat PRU15, bahang kian terasa – UMNO Kalabakan

Spread the love

KOTA KINABALU, 22 Ogos : Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Andi Suryadi Bandi berkata, mesyuarat tergempar parti itu yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini adalah bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Andi Suryadi berkata, kesemua pemimpin UMNO bahagian diarahkan hadir untuk membincangkan perkara itu dalam mesyuarat yang turut dihadiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau pada masa sama mengesahkan turut menghadiri mesyuarat itu.

“Ini supaya kita bersedia untuk berdepan PRU15 yang bahangnya semakin terasa,”katanya ketika berucap pada Majlis UMNO Bahagian Kalabakan Bersama Pemimpin dan Akar Umni Pulau Sebatik semalam.

Sementara itu beliau turut memaklumkan, UMNO Zon 6 Tawau dan Kalabakan akan menganjurkan Himpunan Gelombang Biru pada 3 dan 4 September ini di Padang Bandaran Tawau.

“Himpunan ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Bung Moktar Radin ,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.