Kami bincang banyak perkara – Bung Moktar

Spread the love

KUALA LUMPUR , 22 Ogos : Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelbagai isu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar parti itu hari ini.

Katanya, mesyuarat yang bermula tengah hari tadi belum selesai dan akan disambung pada pukul 5.30 petang ini.

“Banyak isu semasa (dibincangkan), belum selesai , nanti kita kembali ke sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat di Ibu Pejabat UMNO, di Menara Dato’ Onn di sini ‘berhenti seketika’.

Difahamkan, mesyuarat akan disambung setelah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selesai menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana Yayasan Akalbudi pada petang ini.

Terdahulu, satu perjumpaan tergempar dipengerusikan oleh Ahmad Zahid bersama Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara berlangsung tengah hari tadi.

Jemputan yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyebut Presiden UMNO dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta agar Ketua-ketua UMNO Bahagian hadir ke satu pertemuan khas.

Jemputan itu ditegaskan sebagai pertemuan segera dan mustahak.

Difahamkan seramai 140 Ketua UMNO Bahagian hadir manakala 50 lagi tidak menghadirinya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.