Gempa 5.8 magnitud gegar Bali, Indonesia

Spread the love

JAKARTA, 22 Ogos : Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan Bali, Indonesia kira – kira pukul 4.36 petang tadi.

Menurut Agensi Meteorlogi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa itu dikesan pada kedudukan 74 kilomter (km) selatan pulau peranginan berkenaan dengan kedalaman 124 km di bawah dasar laut.

Media tempatan melaporkan gegaran kuat turut dirasai di Denpasar.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Putu Gede Wisnu Saputra berkata, dia terkejut apabila gegaran itu dirasai kira – kira seminit. 

Menurut BMKG Indonesia, pusat gempa dikesan pada kedudukan 74 kilometer selatan Bali.

“Kejadian berlaku ketika saya sedang berada di pejabat.

“Sejurus kejadian itu kakitangan pejabat bergegas keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Putu Gede berkata, berdasarkan maklumat, gegaran dirasai di hampir keseluruhan pulau berkenaan.

Sehingga kini, pihak berkuasa tempatan masih belum mengeluarkan laporan rasmi berhubung kemusnahan dan jumlah mangsa yang terjejas akibat kejadian itu.

Gempa berkenaan bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.