Dendam punca tukang cuci warga Bangladesh dibunuh

Spread the love
GEORGE TOWN, 22 Ogos : Polis menahan empat lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang rakan mereka di Bukit Gedung, Bayan Baru di sini malam tadi.
 
 
Suspek berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan di kawasan flat itu selepas polis menerima maklumat orang awam kira-kira pukul 11 malam.
 
 
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berhubung satu  pergaduhan di kawasan bawah flat itu.
 
 
“Polis yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya menemui mangsa berusia 32 tahun telah meninggal dunia di kawasan tempat letak kereta.
 
 
“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan tikaman pada badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
 
Kamarul Rizal berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa.
 
 
Katanya, keempat- empat suspek direman selama seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.