60 Ratu Cantik Pelancongan Dunia dijadual melawat Lundu dan Bau

Spread the love

KUCHING, 22 Ogos : Seramai 60 Ratu Cantik Pelancongan dari seluruh dunia akan dibawa menjelajah beberapa daerah di Sarawak.

Pengasas Kumpulan YAST, Esther Law Lee Poh berkata, siri jelajah itu diadakan sempena Pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa ke – 25 yang dianjurkan oleh syarikatnya di negeri ini.

Bertemakan Membawa Dunia Ke Sarawak, Esther berkata, beberapa aktiviti turut dirangka sepanjang 18 hari pertandingan berkenaan yang akan bermula pada 11 November ini.

“Antara program yang akan diadakan termasuklah promosi dan lawatan ke Lundu dan Bau, program amal, sesi fotografi dan penggambaran di tapak tarikan pelancongan di Sarawak,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama tiga rakan strategik bagi pertandingan yang akan berlangsung di Hotel Raia di sini hari ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.