Mayat pemuda lemas mandi pantai ditemukan terapung

Spread the love

GEORGE TOWN, 21 Ogos : Seorang pemuda yang dilaporkan lemas ketika bermandi-manda di Pantai Tanjung Manis di sini semalam ditemukan mati pagi tadi.

Mayat S. Thanaselan, 20, dijumpai dalam keadaan terapung oleh nelayan kira-kira jam 9.25 pagi tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Difahamkan, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan memakai seluar jeans dan tidak berbaju.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Abd. Razak Mohamed berkata, mayat kemudiannya dibawa oleh bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sambil ke Pantai Tanjung Asam.

Baca artikel berkaitan >>>>> Pemuda hilang ketika mandi pantai

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada Balai Polis Balik Pulau setelah proses pengecaman dilakukan oleh pihak keluarga yang menunggu di pantai.

“Mayat seterusnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, TVS melaporkan seorang pemuda dikhuatiri lemas ketika bermandi-manda dengan beberapa rakannya di Pantai Tanjung Manis di sini semalam.

Mangsa disedari hilang ketika beberapa rakannya naik ke darat selepas keadaan cuaca semakin buruk dan mendung kira-kira jam 2.30 petang. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.