Malaysia raih satu lagi emas di Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia

Spread the love

KUCHING, 21 Ogos : Petinju Muay Thai remaja negara, Putra Abdullah Mahmoud meneruskan aksi cemerlang Malaysia apabila meraih gelaran juara dunia pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 di Petaling Jaya, Selangor, petang semalam.

Kejayaan itu hadir setelah Putra Abdullah menewaskan wakil Kazakhstan, Aitkabyl Yerlan dalam kategori bawah 57 kilogram (kg) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Ditemui pemberita selepas itu, atlet Kuala Lumpur itu berkata, dia sangat berpuas hati dengan prestasinya pada kejohanan berkenaan.

“Saya gembira kerana dapat meneruskan momentum di pentas akhir setelah menewaskan petinju Rusia sebelum itu,” katanya.

Kecemerlangan Putra Abdullah itu turut diiringi kejayaan Muhammad Johan Ghazali Zulkifar yang menjuarai kategori 14 dan 15 tahun bawah 60 kg.

Atlet Sarawak itu berjaya merealisasikan impiannya bergelar juara dunia selepas menewaskan wakil Rusia, Rustam Yunusov dengan kiraan mata 20-18.

Baca di sini > > > Atlet Muay Thai Sarawak muncul juara remaja dunia

Sementara itu, hasrat seorang lagi atlet Sarawak, Texas Jeremy Lo untuk muncul juara dunia tidak kesampaian setelah dia tewas pada final kepada Sarkhan Alberov dari IFMA. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.