Liputan SAWAS cecah 55 peratus – Abdul Rahman Junaidi

Spread the love

KUCHING, 21 Ogos : Liputan bekalan air yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak menerusi Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) kini mencapai tahap 55 peratus.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, pencapaian itu selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh kementeriannya.

Katanya, baki 45 peratus akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum 2025.

“Projek tersebut telah memasuki fasa ketiga yang akan memberi fokus kepada kawasan luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Penutup Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Abdul Rahman berkata, kementerian telah meningkatkan usaha pada tahun ini sehingga 2024 untuk menjayakan insiatif berkenaan bagi mencapai sasaran di tempat yang paling jauh, terutamanya di sempadan antara Kalimantan dan Sarawak,”

Sementara itu, beliau memaklumkan, tarif air dan elektrik di Sarawak kekal pada kadar yang sama seperti lima tahun lalu.

Menyentuh subsidi ke atas bil utiliti pula, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, inisiatif berkenaan masih diteruskan.

“Keputusan untuk meneruskan perlaksanaannya pada tahun depan belum diputuskan lagi,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.