Atlet taekwondo cilik teruja bertemu Premier Sarawak

Spread the love

KUCHING, 21 Ogos : Hasrat atlet taekwondo cilik, A’isyah Amina Nor untuk bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjadi kenyataan hari ini.

Bapanya, Nor Adis berkata, sejak semalam, anaknya yang berusia 10 tahun itu bersemangat apabila mengajaknya ke Stadium Perpaduan Petra Jaya yang menjadi venue Kejohanan Taekwondo The Premier Of Sarawak Borneo Cup 2022.

“Anak saya sudah lama ingin bertemu dengan Abang Johari dan mahu berswafoto.

“Sebelum ini dia hanya melihat kelibat Premier Sarawak menerusi kaca televisyen sahaja,” katanya kepada TVS hari ini.

Abang Johari yang hadir pada majlis penutup kejohanan hari ini sempat meluangkan masa untuk menunaikan hasrat murid Sekolah Kebangsaaan (SK) Wira Jaya, Kem Penrissen itu.

A’isyah Amina dilihat kelu dan menangis ketika bergambar dengan Abang Johari.

Menurut Nor Adis, anaknya mula terlibat dengan sukan taekwondo sejak berusia tujuh tahun.

“Sebagai seorang ayah, saya menyokong minat anak dan berdoa supaya dia menjadi insan yang berkualiti,”katanya. -TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.