‘Starbuck Mukah’ jadi lokasi persinggahan konvoi merdeka

Spread the love

MUKAH, 20 Ogos : Pekan lama di sini yang dikenali oleh masyarakat setempat sebagai ‘Starbuck Mukah’ menjadi  lokasi persinggahan peserta konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) hari ini.

Ketibaan 30 kenderaan konvoi KMKM kira – kira pukul 9.30 pagi itu bertujuan untuk mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak.

Hadir menyambut kumpulan itu ialah Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh.

Mukah merupakan lokasi ke-24 KMKM sejak jelajah bermula di Telok Melano pada 10 Ogos lepas.

Ketibaan di sini bermakna peserta KMKM anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak (JaPen) sudah berada di zon tengah Sarawak dan perlu sampai di 14 lokasi lagi dengan penamat di Limbang.

Rombongan kemudian bergerak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Seberang Mukah, diikuti pekan Mukah dan menamatkan jelajah di Dataran Pehin Setiaraja Mukah.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi dan Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak, Aziz Abdul Rahman.

Pada keesokannya, rombongan akan bergerak ke Dalat dan Oya sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Kecil Balingian. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.