Padah aksi ‘wheelie’ di Sibu, remaja bersama motosikal ‘masuk’ trak polis

Spread the love

SIBU, 20 Ogos : Seorang remaja lelaki yang menunjukkan aksi berbahaya apabila mengangkat tayar hadapan ketika menunggang motosikalnya menerima padah apabila ditahan polis dalam Op Samseng di Dataran Sibu, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, remaja berusia 18 tahun yang melakukan aksi wheelie itu merupakan antara 20 penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi selama lima jam berakhir pada pukul 3 pagi.

Katanya, remaja berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala motosikalnya disita.

“Dalam operasi itu juga, polis telah mengeluarkan sebanyak 77 saman atas pelbagai kesalahan antaranya berkaitan kesalahan lesen memandu, ubah suai ekzos dan tiada cermin sisi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, kesemua penunggang motosikal yang berusia dalam lingkungan 20-an itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik Sibu untuk siasatan lanjut manakala motosikal mereka disita mengikut Seksyen 64 APJ 1987. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.